3 Tahun

MFT_2646 copy

Mesti korang tertanya siapa gadis ini… ini adalah anak perempuan pertama aku, hari ini genab usia dia 3 tahun. Pelbagai kerenah dan ragam dia dari kecil hingga 3 tahun ini, tapi semuanya membuatkan aku gembira. walaupun kepenatan dari balik kerja bila bukak pintu dia menyambut ‘papa dah balik’ terus rasa penat itu hilang.

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun, insyallah aku akan pastikan kehidupan dia tidak seperti apa yang aku telah alami dahulu. Aku membesar di kawasan yang kurang maju, kalau hendak mandi perlu mengangkat air dari punca mata air. Hanya dibekalkan lampu gas pada waktu malam yang hanya di pasang oleh bapak aku sehingga pukul 10 malam sahaja. Sehingga sekarang aku masih terasa bagaimana untuk memulakan kehidupan di kawasan tanah rancangan FELDA.

Tapi semua keperitan itu hanya bersifat sementara, semakin lama pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kami nikmati. Sedikit demi sedikit kesempurnaan telah dikcapi. Sehingga sekarang jika dulunya rumah yang disediakan oleh FELDA hanyalah mempunyai satu bilik dan tandas diluar, kini hampir kesemua rumah asal telah digantikan dengan rumah batu malah ada yang dah macam banglo pun ada. Itu lah dinamakan perubahan dan peningkatan.

Selamat hari jadi ayah ucapkan kepada anak aku Nur Amirah Maisarah, semoga dapat menjadi anak yang solehah apabila besar nanti. Jangan lupa sentiasa membantu adik-adik akan datang. insyallah… amin

.
.
.

FUAD TOPA
Ayah

Advertisements

The Solemnization of Khairi & Diana

MFT_4099ss

MFT_4144ss

MFT_4146ss

MFT_4197ss

MFT_4301ss

MFT_4354ss

MFT_4370ss

MFT_4402ss

MFT_4501ss

MFT_4538ss

MFT_4576ss

MFT_4697ss

MFT_4797ss

MFT_4877ss

MFT_5000ss

MFT_5069ss

MFT_5143ss

MFT_5278ss

Minta maaf sebab korang kena scroll banyak untuk tengok semua gambar…. hehehe biasa guna slide show lebih senang sikit kan. Kat wordpress ni x support pulak utk slideshow tu. Lepas ni aku try usahakan cara lain k.

Apapun tahniah utk mereka berdua hope mereka akan berbahagia sehingga ke anak cucu. By the way aku baru tahu yang diana ni adalah blogger jugak rupanya dia la blogger my secret garden . So tunggu entry reception diorang pulak k. 🙂

.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Tel : 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Air Di Cincang Tak Akan Putus

MFT_6752 copy2

MFT_9161selected

MFT_0247 copy

Insyallah semoga mereka akan kekal hingga ke akhir hayat…… tunggu full entry lagi 🙂

.
.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Tel : 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

HIJRAH

Salam semua. Memang dah terasa terlalu lama aku x dapat update blog.fuadtopa.com tu. Tapi apa pun aku tetap nak update gak. So aku ambil keputusan untuk update all picture kat sini k. So pada sesiapa yang dulu reader pada blog.fuadtopa.com so lepas ni continue reading kat sini pulak k…. cheearss……

FUAD TOPA

%d bloggers like this: