3 Tahun

MFT_2646 copy

Mesti korang tertanya siapa gadis ini… ini adalah anak perempuan pertama aku, hari ini genab usia dia 3 tahun. Pelbagai kerenah dan ragam dia dari kecil hingga 3 tahun ini, tapi semuanya membuatkan aku gembira. walaupun kepenatan dari balik kerja bila bukak pintu dia menyambut ‘papa dah balik’ terus rasa penat itu hilang.

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun, insyallah aku akan pastikan kehidupan dia tidak seperti apa yang aku telah alami dahulu. Aku membesar di kawasan yang kurang maju, kalau hendak mandi perlu mengangkat air dari punca mata air. Hanya dibekalkan lampu gas pada waktu malam yang hanya di pasang oleh bapak aku sehingga pukul 10 malam sahaja. Sehingga sekarang aku masih terasa bagaimana untuk memulakan kehidupan di kawasan tanah rancangan FELDA.

Tapi semua keperitan itu hanya bersifat sementara, semakin lama pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kami nikmati. Sedikit demi sedikit kesempurnaan telah dikcapi. Sehingga sekarang jika dulunya rumah yang disediakan oleh FELDA hanyalah mempunyai satu bilik dan tandas diluar, kini hampir kesemua rumah asal telah digantikan dengan rumah batu malah ada yang dah macam banglo pun ada. Itu lah dinamakan perubahan dan peningkatan.

Selamat hari jadi ayah ucapkan kepada anak aku Nur Amirah Maisarah, semoga dapat menjadi anak yang solehah apabila besar nanti. Jangan lupa sentiasa membantu adik-adik akan datang. insyallah… amin

.
.
.

FUAD TOPA
Ayah

Advertisements

One response to “3 Tahun

  1. Mohd Amin Tokichor

    Salam En Fuad, masih ingat lagi nama Mohd Amin Tokichor? Masih kenal dengan tuan empunya nama ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: