(gambar hiasan : Marina Barrage, Singapore 01/2010)
Semua orang mempunyai liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi. Sama macam aku. Mungkin dulu aku tak pernah rasa sebergini. Ianya sudah menjadi suratan takdir. Tapi aku senantiasa mengharap dan berdoa agar aku dapat hadapi dengan tabah segala liku-liku kehidupan yang aku perlu lalui.
Sudah separuh tangga aku pijak untuk aku capai ke matlamat yang aku tetapkan. Alhamdulillah semuanya adalah dari usaha aku selama ini. Tapi untuk sampai ke puncaknya masih banyak yang perlu aku daki. Dan mungkin lagi besar dugaan dari yang telah aku hadapi.
Pernah sesuatu ketika aku hanya mampu tersenyum bila orang memperkecilkan apa yang aku ada, dan apa yang aku hasilkan. Tetapi sekarang alhadulillah ramai yang telah bangga dengan apa yang aku telah buktikan. Niat aku satu sahaja sebelum melakukan sesuatu perkara, iaitu aku akan lakukan yang tebaik untuk segala perkara. Dan alhamdulillah orang yang telah memperkecilkan aku itu telah menjadi salah seorang dari rakan aku.
(gambar hiasan : Marina Barrage, Singapore 01/2010)
Itu yang membuatkan aku senantiasa merasa bahawa tiada perkara yang tidak boleh lakukan. Insyallah selagi Allah kurniakan aku kudrat & keberkatan untuk aku menjalankan tugas aku sebagai umatnya akan aku laksanakan dengan sedaya upaya aku.
Pagi tadi aku dapat satu perkabaran, alhamdulillah apa yang aku nantikan dari bulan 12 yang lepas telah berjaya. Thanks Kimberly & David Roberts cos belive in me.
.
.
.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com