Kekecewaan

image

Jabatan kecemasan hospital kerajaan. Yup ramai orang mungkin telah mengalami pengalaman yg sama di jabatan kecemasan. Dah namanya kecemasan so kebanyakkan kes yg dtg sini semuanya kecemasan. Tapi alangkah sedihnya apa yg diamalkan oleh staff2 dalam unit ini semuanya tenang je.

Memang betul kapasiti hospital kerajaan mmg terhad wad x bnyak doctor x ramai. Tp jangan la sampai pesakit kat luar ni nampak apa xtiviti korang disebalik tadbir pintu yg senantiasa tertutup tu. Nak ular ke apa ke jauh la sikit. Ni dah la org yg sakit bersepah2 kat luar tp sj je buat pesakit2 sakit hati.

Nak cepat gi la swasta, itu yg staff menjawab bila ditanya kenapa lambat. Bukan kami tak sabar atleast tahu berapa lama kena tunggu so nak kentut xde la dlm tempat aircond boleh pergi ketempat lain dulu.

Sekian. .

Perjalanan Ke Selatan menaiki train KTMB v1

Ok first aku nak share sedikit pengalaman menaiki tren intercity ke singapore. Ok utk pergi ni aku menaiki firstclass coach ke sana. So far seat not bad selesa tp keadaannya agak uzur gak la. Firsthing aku rasa mcm duduk di rumah orang2 tua. Sbb apa aku ckp mcm tu majoriti semua penumpang agak dah berusia, gadis2 manis langsung xde. Membuatkan aku rasa org muda pulak. Ok pe umur 23 la katakan… hahahaha.

image

Ini lah rupa seated utk firstclass. Duduk kat tgah2 membuatkan aku rasa lebih selesa sbb pintu pemisah antara gerabak selalu sgt terbuka so bunyi bising akibat geseran keretapi dan landasan mmg sakit telinga dibuatnya. So aku suggest korg ambik middle no k.

image

Tgah taip tiba2 pulak berhenti di stesyen segamat. Bangunan lama n rare. Cuma mungkin akan dtg bangunan ni akan digantikan dengan bangunan baru.

Yang paling best sekali walaupun usang dalam gerabak first class ada benda ni k

image

Benda yg sangat diperlukan oleh smartphone utk perjalanan yg jauh. Teringat aku semasa kecil dulu selalu naik tren dr selatan ke utara. Smpai di setiap stesyen mesti ada org jerit… kuih.. kuih… nasi lemak… nasi lemak…. tp skrg dah tiada lg semua tu. Yang aku perhatikan gerabak kelas ke 3 pun dah fully aircond. Dulu dlm gerabak tu mesti org padat n smpai tido di laluan tgah2 pun ada.

Well malaysia makin maju pe, semua rakyat dah berkemampuan. Paling sengkek pun mesti dah ada kereta. Dan kalau ada 2 kereta tu dah dikira seperti keperluan asasi.

Dah lama sgt aku x update blog ni. So aku bercadang utk improve sedikit demi sedikit. Share apa yg perlu untuk korang. Semestinya pasti mesti ada gmba2 🙂 x photographer la kalau blog xde gmbar.

FT

17 RAMADHAN

MFT_3803

Alhamdulillah diam x diam dah 17 hari kita menjalani ibadah puasa. Rasanya dalam lebih kurang 13 hari lagi sebelum menyambut Aidilfitri ni mesti ramai antara kita yang sedang sibuk nak mengemas rumah or menyediakan persiapan nak menyambut raya kan. Apa pun harap agar jgn lupakan ibadah puasa yg masih ada 13 hari tu k. Sekarang ni tgah mendengar lagu raya sambil bekerja ketika orang selangor sedang bercuti menyambut Nuzul Al-Quran 😦

SELAMAT MENUNAIKAI IBADAH DI BULAN RAMADHAN YG MULIA INI

FT

HIJRAH

Salam semua. Memang dah terasa terlalu lama aku x dapat update blog.fuadtopa.com tu. Tapi apa pun aku tetap nak update gak. So aku ambil keputusan untuk update all picture kat sini k. So pada sesiapa yang dulu reader pada blog.fuadtopa.com so lepas ni continue reading kat sini pulak k…. cheearss……

FUAD TOPA

Zo00oM – Mee Bandung Muar

DSC_1444

Pernah tak korang semua makan Mee Bandung. Aku rasa ramai yang telah mencubanya. Dan sebut je sahaja mee bandung semua akan teringat dengan mee bandung muar. Banyak kedai yang menjual mee bandung di bandar Muar ini tapi yang telah aku rasa dan akui kesedapan nya adalah mee bandung kepunyaan Abu Bakar Hanipah & Sarina Abu Bakar

DSC_1471

Kedai ini terletak di No 69, Jalan Abdullah. Ia terletak di tengah2 bandar Muar. Berhampiran dengan Public Bank & Maybank. Jika ingin mencari kedai ini ianya agak mengelirukan sedikit kerana mereka menggunakan papan tanda besar bertulis WAH SAN (dalam bahasa cina). Tapi ia memang sahih adalah kedai makanan halal.

DSC_1463

DSC_1454

Ini lah owner Mee Bandung Muar yang sedap tu, Pakcik Abu Bakar. Menurut nya bisness ini telah di usahakan semenjak turun temurun lagi. Dari datuk dia turun kepada bapak dia turun pada dia. Dia menceburi bidang ini dari harga mee bandung ini RM 0.70 sepinggan, sehingga la sekarang telah menjadi RM 3.50 sepinggan.

DSC_1440

Antara bahan2 yang wajib ada dalam masakan mee bandung ini adalah udang, ia memainkan peranan penting kerana jika udang tu dah lama maka hilanglah kemanisan udang dan tak cukup la perencah penyedap mee bandung tersebut

DSC_1449

Ini lah sarapan pagi aku pada hari Ahad lepas… ni bukan aku makan sorang k. Aku gi dengan member aku faiz. Sebab driving ni agak memenatkan so perlu la backup plan (memang betul pun abis job je terus kami balik dan aku sepanjang perjalanan dari pagoh ke shah alam terlena, nasib ada faiz ni…. hehehe)

abis crite mee bandung, tunggu wife aku masak kat rumah lak
———————————————————————————————————

WEDDING TEASER



DSC_1302

The Reception of Hanim & Amilin, Semenyih

DSC_2605

The Reception of Syukri & Niesha, Muar

So korang semua tunggu full entry untuk mereka ni k… stay tune.. ; )
.
.
.
.
.
fuadtopa
Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

SYUKRI & NISHA

Jumaat petang yang lepas aku telah diterbangkan ke Alor Star, Kedah. Kali ni misi aku untuk dapatkan picture kat sawah terbantut. Sebelum landing aku sempat meninjau keadaan sekeliling negeri kedah, tinjau punya tinjau semuanya berair sahaja… huih diorang dah lepas musim menuai. Takde rezeki nak buat macamana.

http://202.71.106.120/junior/fuadtopa/slideshow/nisha/showit.swf

Keluarga nisha memang sporting giler. aku yang naik terkejut, mana taknya berbilang bangsa ada kat rumah nisha. Ada dari russia, india, australia… semuanya saudara-mara niesha. Dan kebanyakkan mereka menguasai semua bahasa.. aku je yang dok melopong aje… (terkeluar plak ayat german ni)

DSC_0350

Cute tak mereka waktu kecil… : )

DSC_8514

DSC_8782

DSC_8786

DSC_9620

DSC_0415

Tahniah pada syukri & nisha, hanya dengan satu lafaz sahaja mereka telah digelar suami isteri… mana taknya 9 tahun menanti, betul tak syukri : )… Walaupun banyak dugaan yang mereka tempuhi, smpai ada yang cakap guna hp terbalik (serius smpai ari ni aku tak tahan nak gelak), hujan rahmat yang turun.. tapi alhamdulillah majlis mereka telah selesai disempurnakan.

Belum habis lagi entry diorang ni, sebab minggu ni majlis bertandang pula di muar, so leh layan mee bandung muar 2 pinggan ni…. K untuk syukri & nisha yang tengah demam sebab bekerja keras jg kesihatan k, minggu ni ada lagi. Untuk auntie-auntie nisya yang berada di perth & melbourne tu insyaallah nanti bila kaki saya ni terjauh melangkah sampai saya ke sana. k. Hope to see u all again in future..

.

.

p/s : we are united (bukan support MU k)

fuadtopa
Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

JOM KE KEDAH

DSC_6542 copy

Petang ni aku akan ditebangkan ke Kedah. Lagi sekali aku terbang ke negeri jelapang padi ni. Ke sana untuk job wedding minggu ini. Harap semuanya akan berjalan lancar. Tak lama aku kesana sabtu malam aku dah balik ke shah alam semula.

Setelah sebulan cuti ni, aku dah fit 100% sekarang. So tunggu picture dari sana k.

.

.

note : orang kedah kalau nak TT malam ni leh je contact aku……… tgok update kat facebook k.

.

fuadtopa
Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
YM : ad_arjax

ZOOM SATOK

Kebiasaannya sesiapa yang datang ke kuching ini akan singgah ke pasar satok ini. Pasar ini bermula dari sabtu siang hingga ahad petang. Banyak jualan dari hasil kraftangan, barang keperluan harian, dan yang semestinya ada kain-kain. Dengan harga yang berpatutan, barang kat sini memang berbaloi untuk di bawa pulang.

DSC_8407 copy

DSC_8412 copy

DSC_8415 copy

Ini adalah salah satu buah tangan yang dah kira wajib untuk dibawa balik. Seperti tak lengkap rasanya kalau datang tak beli ole-ole ini. Ini lah dia ikan terubuk masin serawak. Banyak pilihan saiz ikan yang disediakan so senang untuk kita memilih mengikut keperluan kita.

END OF STORY

DSC_8303

Dalam diam dah nak 2 tahun umur anak aku ni. Makin lama makin banyak perkembangan, always miss her….
.
.

fuadtopa
Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-643873
email : fuadtopa@candidsyndrome.com

AFTER RAYA

DSC_7889

DSC_8069

Sehari sebelum menyambut syawal aku ngan family berangkat ke airport, terima kasih kat faiz sebab tolong hantar aku kat airport. Destinasi kami ke Kuching, Serawak… kampung wife aku. So raya tahun ni kami ke sana la dulu.  Hari tu bertuah gak aku sebab dapat sahur waktu shah alam dan berbuka waktu kuching. Kat sana berbuka setengah jam awal dari Shah Alam.

DSC_8091

DSC_8104

Masa seminggu aku kat sana aku rasa tekanan darah aku sekejap turun sekejap naik. Mana taknya bila 7 org anak buah bergabung… tuhan sahaja yang tahu perangainya. Dalam sejam ada sahaja yang menangis… Tapi bila umur mereka macam ni la mereka seronok. Tiada perkara yang difikirkan, cuma main.. tido.. makan… rindu aku teringat masa kecik-kecik dulu…

fuadtopa

promo

Berita Terkini – Moqh & Iezah dah kahwin…

DSC_6230

DSC_6375

5 Julai 2009 – Seorang Jurugambar Profesional telah melangsungkan persandingan beliau bersama dengan Azizah isteri tercinta. Majlis meraka diadakan di KAED Galeri, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Betapa ramai yang amek gamba time wedding mereka tu tak tau arr. Sebab dari sekecil2 kamera hingga sebesar2 kamera ada.

Untuk ptg ahad ni aku tak letak bnyak gmba so hope korang sabar la untuk gmba2 yg lain k.

Kepada moqh aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia keanak cucu k. Nanti aku bagi petua k…. hahaha….

p/s : korang rajin kira la brape org tukang tangkap gambar kat pic no1 tu… kalau betul jawapannya aku blanje mkn sate sampai muntah…

mohdfuadtopa
Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
YM : ad_arjax

Mohd Fuad Topa's Facebook profile

%d bloggers like this: