I’m Photographer and still Photographer

Walaupun menyepi dalam blog. Tapi aku masih lagi seorang photographer. Still shooting cuma sekarang ni dah ada facebook kat sini sunyi sepi je. insyaallah jika ada kesempatan aku akan kembali update blog ini.

Salam sayang semua 🙂

3 Tahun

MFT_2646 copy

Mesti korang tertanya siapa gadis ini… ini adalah anak perempuan pertama aku, hari ini genab usia dia 3 tahun. Pelbagai kerenah dan ragam dia dari kecil hingga 3 tahun ini, tapi semuanya membuatkan aku gembira. walaupun kepenatan dari balik kerja bila bukak pintu dia menyambut ‘papa dah balik’ terus rasa penat itu hilang.

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun, insyallah aku akan pastikan kehidupan dia tidak seperti apa yang aku telah alami dahulu. Aku membesar di kawasan yang kurang maju, kalau hendak mandi perlu mengangkat air dari punca mata air. Hanya dibekalkan lampu gas pada waktu malam yang hanya di pasang oleh bapak aku sehingga pukul 10 malam sahaja. Sehingga sekarang aku masih terasa bagaimana untuk memulakan kehidupan di kawasan tanah rancangan FELDA.

Tapi semua keperitan itu hanya bersifat sementara, semakin lama pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kami nikmati. Sedikit demi sedikit kesempurnaan telah dikcapi. Sehingga sekarang jika dulunya rumah yang disediakan oleh FELDA hanyalah mempunyai satu bilik dan tandas diluar, kini hampir kesemua rumah asal telah digantikan dengan rumah batu malah ada yang dah macam banglo pun ada. Itu lah dinamakan perubahan dan peningkatan.

Selamat hari jadi ayah ucapkan kepada anak aku Nur Amirah Maisarah, semoga dapat menjadi anak yang solehah apabila besar nanti. Jangan lupa sentiasa membantu adik-adik akan datang. insyallah… amin

.
.
.

FUAD TOPA
Ayah

Waka Waka

MFT_1478 copy

(gambar adala hiasan sahaja tiada kaitan dengan cerita diatas)

Sekarang ni tengah panas dalam perebutan tahta piala dunia. Sekarang ni dah masuk pusingan separuh akhir. Subuh tadi perlawanan separuh akhir pertama yang mana Belanda vs Uruguay. Dan Belanda dah layak ke perlawanan akhir dengan kemenangan 3 – 2.

Malam ni game separuh akhir kedua antara Germany (fav team) vs Spain. Laluan untuk german utk piala dunia kali ini memang sukar. Dari pelawanan kalah mati pertama lagi mereka telah bertemu dengan team England, tapi berjaya di titik dengan 4-1. Kemudian suku akhir berjumpa dengan Argentina pulak. Ramai orang sangkakan Argentina akan masuk ke final, tetapi Germany berjaya kalahkan mereka 4-0.

Semangat sepasukan yang mereka ada memang kental, itu yang menjadikan mereka digeruni. So apa tekaan korang untuk game malam ni? Germany or Spain yang akan ikut Belanda ke final?

MFT_9392 copy

(gambar adala hiasan sahaja tiada kaitan dengan cerita diatas)


MFT_1454 copy

(gambar adala hiasan sahaja tiada kaitan dengan cerita diatas)

.

see yaa…….

.

.

FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Fuad Topa Candidsyndrome | Create Your Badge

F1 – its back

DSC_1576 copy
Litar Sepang 2009

Permulaan yang baik untuk team ferrari pada musim ini. Dengan barisan pelumba pelumba yang baru Alonso, hope tahun ini ferrari akan meneruskan kegemilangannya. Walaupun tahun lepas mereka telah berhempas pulas untuk mengatasi Brawn GP tetapi tidak berjaya.

Kemunculan semula lagenda F1 Michael Schumacher, semestinya akan memberikan saingan yang sengit untuk peminat Ferrari ini kerana beliau kini berlumba dengan jentera Mercedes GP. So kita ikuti perkembangan F1 dari semasa kesemasa k.
.
.
.

FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Fuad Topa Candidsyndrome | Create Your Badge

MUSIC – Part 1

Imbas kembali masa aku remaja dulu-dulu. Firstime aku blaja menceburkan diri dalam jamming ni masa kat poli dulu. Ye la masa tu baru cukup kaki nak jamming. Sebelum SPM dulu aku main gak gitar ni tapi bab drum semua tak pandai. Aku duduk kat felda utk so kemudahan studio jamming masa dulu memang takde. So kalau ada pun cuma gitar kapok je.

Ingat lagi dulu aku sampai kena marah dengan mak aku sebab sanggup tak makan kat sekolah untuk menyimpan duit belanja untuk membeli sebuah gitar kapok. Sampai sekarang gitar kapok tu ada lagi. Nak beli baru takde duit so dengan collection duit perbelanjaan sekolah + upah tolong bapak aku kutip biji buah kelapa sawit aku dapat membeli gitar kapok 2nd hand dengan harga RM60… tu kira mahal tu dulu untuk budak sekolah.

Nak pergi belaja kat sekolah muzik jangan harap la masa tu, so bermodalkan RM5 aku beli buku cara-cara bermain gitar. Dari situ la aku belajar kod-kod asas gitar. Ingat lagi aku masa tu lagu Semangat yang hilang XPDC masa tu tengah top, so kalau dapat main lagu tu memang dah tahap best la kat area blok aku dulu.

gitar1

(gambar kurang kualiti sebab guna camera p’n’s je… masa shoot ni pun takde dslr lagi pun)

Inilah dia gitar kapok aku tu. Ini adalah rupa setelah aku buat ‘pimp my guitar’. Asal warna dia adalah biru tapi bila dah agak bosan so aku tukarla pada rupa bergini. Ini semua terpengaruh dengan air brush. Sewaktu di poli dulu aku selalu gunakan airbrush untuk membuat presentation board. Tetapi bila dah benda free so semua barang nak air brush. Design tu pulak dari album SENTENCEED tahun 2000 CRIMSON. Band ini kalau tak silap aku berasal dari germany.

Kembali pada cerita asal, ye la selepas dapat gitar yang aku nak so mula la macam-macam yang aku inginkan………. (to be continue k….. )
.
.
.
.
.

.

FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Fuad Topa Candidsyndrome | Create Your Badge

ASAH MATA

DSC_3758 copy

Ramai yang bertanya pada aku apa ilmu aku pakai untuk mendapatkan gambar yang best-best (pada aku belum cukup best lagi). Adakah sebab kamera yang aku pakai? Jawapan aku tidak sama sekali. Semuanya yang bertanya aku ceritakan pasal asah mata ini.

Sebilangan dari kita memang sudah dikurniakan untuk melihat angle-angle yang cantik. Tetapi ada juga sebilangan yang tidak. Bukan kerana kekurangan dari kurniaan Ilahi tetapi kemahiran yang menjadikan puncanya.

Imaginasi adalah salah satu perkara yang penting untuk mengasah mata kita. Ianya banyak membantu kita untuk menghasilkan sesebuah gambar yang cantik. Jangan terlalu ikutkan kegairahan hati ketika ingin menekan shutter, tetapi bagi masa minda kita dijana untuk memastikan gambar yang kita akan hasilkan nanti adalah memuaskan hati.

Semua orang mampu berimiginasi, tak kiralah tahapnya tinggi atau rendah. So tiada masalah untuk semua orang untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

DSC_3791 copy
.

.

.

p/s : rasa-rasanya kalau ajak korang outing boleh membantu korang x ?

.

FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Fuad Topa Candidsyndrome | Create Your Badge

CHE 2 – ARS 0

aa
gambar ikhsan dari http://www.mirrorfootball.co.uk/

Huhuu… just want to make short post about EPL. Well done chelsea. And welcome back Drogba. Hahahaha….
.
.
.
.
.
.
.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Fuad Topa Candidsyndrome | Create Your Badge

BATU BERENDAM

DSC_9594
gambar hiasan sahaja, tiada kaitan cerita dibawah

Kisahnya bermula tengahari semalam. Banyak benda yang aku buat semalam. Uruskan hal ini, uruskan hal itu. Ada yang setel separuh, ada yang setel semua… Dan ada juga yang terlepas mata memandang.Yang memenatkannya bukanlah apa, cuma perjalanan diatas jalan raya itu yg paling penat. Mungkin kalau aku drive BMW tak terasa penatnya. Dengan kereta berasak-asak di jalan raya tu la salah satu tekanan.

Sebelah malam nya kena ke office sebab ada meating. Biasanya aku akan guna highway kesas untuk kesana, ntah apa mimpi nak guna federal pulak. Dah hati panas je. Jem tak ingat punyer. But still dapat sampai sebelum pukul 7. So meating pun berjalan seperti biasa. Tapi perut tetiba bergelora… kelaparan. Baru aku perasan yang aku hanya makan pukul 10 pagi je tadi. Banyak betul kerja sampai waktu makan pun tak perasan.

Sebelum balik meating rasa nak singgah cari makanan ringan dulu sebelum sampai kerumah. Seperti kebiasaanya wife aku mesti dah sediakan makanan untuk aku so takperlu lah aku nak makan berat kat luar. Memang tepat jangkaan aku. Balik sahaja atas meja dah tersedia makanan untuk aku. Bab ni memang seronok bila dah kawin ni. Pulak tu dengan lauk kesukaan aku ikan bawal masak stim halia. Bagus untuk buang angin dalam badan.

Selesai sahaja makan terus aku nak berendam dalam bathtubs. Memang feel giler berendam ni… dengan air suam-suam kuku. Layan punya layan teringat masa aku belajar kat polipd dulu. Semester 2 kitorang sewa kat apratment depan polipd tu. Namanya aku tak berapa ingatla tapi sebaris dengan kondo laguna. Duduk 8 orang, semuanya kepala gonjeng. Kerja kami hampir setiap petang berendam kat swimming pool apartment tu. Dengan niat dapat jimatkan bil air rumah… hahahaha.. student biasala kena lakukan banyak penjimatan. Lagipun kalau student archi ni tidor pun tak menentu tempatnya, bawah meja studio pun jadik.

TOK….TOK…TOK…

Aku terkejut….

Tido ke?……….. Bini aku tanya

Hahaha…. baru aku perasan aku masih dalam bathtub lagi. Patut la wife aku ketuk pintu sebab dah lebih sejam aku dalam bilik air. Huhuhu…… lain kali kalau dah penat then kekenyangan jalan la nak berendam dalam air, sure la mesti tertido punya. Nasib baik tak berendam dalam air masin…… 😉
.
.
.
.
.
FUAD TOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Kisah satu malam

DSC_3499
teaser from my latest job (tiada kaitan dengan cerita)

Dimulakan cerita, malam tadi aku nak keluar untuk ambil angin malam, sambil bertujuan untuk ke mydin mart berdekatan dengan rumah aku. Aku keluar rumah dengan mengenakan seluar pendek dan bert-shirt putih bandung. Malas nak bawak kereta so aku start la motor champion ex5 class 1 aku tu.

Perjalanan ke mydin mart mengambil masa dalam 5 minit, time tu aku bawak 65kmj je tu. Kalau aku pulas lagi minyak confirm bawah 1 minit… Sampai aku di mydin, aku pun park kat betul-betul depan pintu masuk mydin mart tu, itu la kelebihan kalau bawak moto ni senang nak parking. Tapi mata melilau jugak kalau ada pakcik-pakcik bawak buku jalan-jalan kat sekeliling (polis).

Dah habis beli barang-barang dan air kegemaran, terus aku keluar dari mydin mart tu. Selepas pastikan barang yang aku beli tak tercicir aku pun memulakan perjalanan ke rumah. Kali ni aku jalan jauh sikit sebab nak isi minyak moto dulu, so singgah di petronas dulu la kata hati aku. After isi minyak aku pun teruskan perjalanan balik. Tak sampai satu kilo dari petronas tadi ada sekatan jalan raya kat depan… dalam banyak-banyak perkara aku teringat kat lesen aku, bila expired date dia, ahh sudah jangan la dah mati.

Apa lagi polis pun suruh aku ketepi… aku bagi roadtax dulu.. pelahan-pelahan aku keluarkan lesen….. huh lega hidup lagi smpai bulan 5, 2010. Dengan bangganya aku pun cakap “Ini lesen saya”. Ok selepas dia dah check roadtax & lesen terus dia bertanya, nak ke mana ni? aku menjawab balik rumah tok.. aku bertanya balik ada apa roadblock ni tok? dia jawab rutin biasa penjenayah aktif malam-malam ni. Ada rupa saya macam penjenayah ke tok? Takde tapi lampu brek balakang kau tu tak menyala.. arggghh… demm camne aku boleh tak perasan ni… dah malam tadi aku kena saman… huh.. melayang duit….

DSC_3498
teaser from my latest job (tiada kaitan dengan cerita)

nak tnya ada sapa-sapa leh tolong bayar kan saman aku tak? hahahahaha….
.
.
.
.

FUADTOPA
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-6438731
flickr : http://www.flickr.com/adphotogenic
email : fuadtopa@candidsyndrome.com
website : http://www.fuadtopa.com
blog : http://blog.fuadtopa.com
YM : ad_arjax
facebook : adphotogenic@gmail.com

Off Duty

Ari ni aku off duty sebagai photographer…. ada panggilan kecemasan ke Stamford Bridge , mereka perlukan aku sebagai perancang strategi mereka malam ni… so aku of ke Stamford Bridge. Pastu ada celebrate party joe cole skali… birthday boy…
.
.
.
.

fuadtopa / Stamford Bridge